Kepentingan Laman Web
Bagi peniaga-peniaga kecil-kecilan, baru atau lama
Laman web memudahkan maklumat-maklumat barang perniagaan / perkhidmatan anda dipaparkan kepada pelanggan. Jadi mereka tahu ape sebenarnya yang anda tawarkan untuk mereka.
Walaupun anda telah memiliki akaun media sosial yang lain bagi tujuan ini, namun laman web adalah markas utama pemasaran anda. Ia adalah wakil jurujual anda yang setia bekerja untuk anda 24 jam sehari dan 7 hari seminggu menerangkan kepada pelanggan-pelanggan anda ape yang anda tawarkan untuk mereka.
Misi Kami
Kami menawarkan ruang laman web ini secara percuma untuk anda. Sesuai bagi anda yang tidak mempunyai pengetahuan membina laman web atau yang berpengalaman tetapi tiada masa untuk menguruskannya sendiri. Ianya salah satu cara kami membantu para peniaga-peniaga kecil-kecilan atau pemula memasarkan produk mereka di ruangan internet. Memudahkan pelanggan melihat apa yang ditawarkan, mengkaji, membuat perbandingan, menyesuaikan faktor lokasi dan menghubungi anda untuk membuat pembelian. Ianya juga akan menghubungkan akaun-akaun sosial anda yang lain. Buat masa ini kami menawarkan ruangan laman web secara percuma namun terhad untuk 5 barang/perkhidmatan sahaja. Jika mendapat sambutan mungkin had ini akan ditambah dimasa hadapan.
Kalendar
1 Julai 2022
Pencarian dan pemilihan usahawan yang akan ditawarkan laman web awal bagi projek ini.
1 Ogos 2022
Permulaan projek laman web percuma bagi para peniaga yang lain untuk mendaftar



